3/6/22
Aku lambat menghadiri majlis gotong royong kenduri kahwin saudaraku walaupun hanya 150 meter sahaja jaraknya. Berbekalkan sebilah pisau dapur aku bergegas kesana setelah menyiapkan keperluan IBU ku yang terlantar dibilik nya. Sesampainya disana aku hanya diperhatikan dari jauh dengan senyuman sinis beberapa peserta yang terlibat. “ Amboi… baru nampak aih?" Anak saudaraku menyapa. Aku hanya mendiamkan diri tanpa menjawab. “tak pa PAKSU.. ni kerja Paksu” . Aku ditugaskan membuat SUP kaki dan kepala kambing untuk dimakan semasa menyiang lembu petang nanti.
Sekembalinya dari majlis tersebut dengan berbekalkan kaki dan kepala kambing yang telah dicincang aku terus kedapur dan merebus nya dengan menggunakan periok NOXXA. Dengan jajaran High Presure aku hanya meninggalkan sahaja rebusan tersebut kerana bergegas kemasjid untuk solat jumaat. Sekembalinya , aku lantas masuk dapur tanpa menukar pakaian sembahyang tadi. Menyelongkar apa yang ada. Terlihat ADABI pest sup tulang, bunjut sup, kayu manis, jintan, bunga lawang dan rempah 3 sekawan. Dibenak rasa tekak ku , itu memang tak cukup sedap. Aku terlihat halia , lenkuas dan tomato yang sudah hampir layu itu. Aku keluar kehalaman rumah bagi mendapatkan segenggam serai dan beberapa helai daun limau purut.
Terlihat periok besais 18 inci yang di beli di Shopee sebelum PENDAMIK lalu. Rasanya itu sesuai dengan kuantiti rebusan diperiok NOXXA tadi. Memanaskan campuran minyak sapi dan minyak kelapa aku menumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar seadanya. Memasukan bersama rempah ratus terpilih tadi beserta halia, lengkuas, serai dan daun limau purut yang telah dibuang uratnya. Bau nya membuat isteriku betanya “ Masak apa tu..” “La .. Habih la jubah tu..pasai apa tak tukarg baju.” Kata nya. Aku buat buat tak dengar sahaja. Setelah itu aku membuka hasil rebusan diperiuk NOXXA itu. Aku nampak semua kulit kaki kambing tadi dah jadi jeli. Daging dan tulang dah hampir tertanggal. Aku memasukan nya kedalam periok yang sedang menumis itu. Memandangkan rebusan itu masih panas maka sup tersebut tak perlu tunggu lama bagi memasaknya. Semasa merenekan api aku memasukan cincangan tomato, perahan limau nipis serta cabai kecik yang diketuk bagi menambahkan kesedapan nya. Bukan itu sahaja, aku teringatr pokok sup yang ditanam isteriku.Sekali lagi aku keluar kelaman bagi mendapatkan segemgam daun sup tersebut bagi melengkapkan masakan sup itu.
Selepas solat asar aku membawa sup kaki kambing itu kerumah saudaraku. Hampir semua daging lembu telah siap disiang oleh peserta. Masih lagi ternampak seyuman sinis dari mereka. Aku mengeluarkan sup itu dan memperlawa mereka merasai sup tersebut. Memandangkan nasi masih diatas api maka mereka hanya makan tanpa nasi. Semua hasil masakan itu langsai dalam masa tidak sampai setengah jam. “Mak Oii sedapnya PAKSU masak”… ada antara mereka repeat 3 mangkok.
Malam pula aku memilih untuk makan nasi bersama KORMA kambing sepuas puasnya. Sekembalinya aku kerumah aku terus memeriksa bacaan gula ku kerana aku rasa dah lain macam situasi badan ku. Memang tepat jangkaan ku resepi ini lah kemungkinan membuat bacaan nya 18.4 mml.
Aku tertidur awal kerana kekenyang melampau.