TANPA RESDONG

TANPA RESDONG

“Saya seorang yang berumur 30tahun. Saya ingin bertanya apakah sebab-sebab  saya sering mengalami sakit kepala seperti melayang, sakit-sakit di bahagian muka . Adakah disebabkan resdong sebab hidung saya sudah lama tersumbat.  Saya kerap merasa badan lemah bila simptom-simptom tersebut datang pada saya.   Kadang-kadang saya bernafas pendek dan tidak selesa. ” - Vinesh..  Kisap Langkawi..

Soalan begini adalah biasa sahaja bagi seorang yang sedang mengalami masaalah ini.

Untuk makluman anda, gejala yanga anda alami boleh disebabkan masalah selain resdung seperti sinusitis dan alahan. Bagaimanapun, gejala-gejala bagi resdung termasuklah:

  • Bersin
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat
  • Hidung gatal
  • Batuk
  • Sakit atau gatal tekak
  • Mata gatal
  • Mata berair
  • Lingkaran hitam di bawah mata
  • Sakit kepala yang kerap
  • Gejala-gejala jenis ekzema, seperti kulit yang sangat kering dan gatal yang boleh menyebabkan lepuh(blister)
  • “Hives”
  • Keletihan yang berlebihan

Anda biasanya akan mengalami satu atau lebih gejala-gejala ini serta merta selepas berhadapan dengan alergen (faktor pencetus). Anda boleh merawat atau hilangkan resdung melalui beberapa cara. Ini termasuklah ubat-ubatan, serta rawatan sendiri yang dilakukan di rumah,  namun kaedah tradisional selalu dipraktikan iaitu seperti kaedah rawatan akupuntur, bekam, healing serta juga kaedah meminum rebusan campuran akar kayu tradisianal yang terpilih. 

Antara akar kayu a yang biasa digunakan bagi dijadikan air rebusan untuk rawatan ini ialah Akar Penarik, Serai, Akar mengkunyit emas dan beberapa campuran herba terpilih. 

 

 

https://btnjempire.ordersini.com/